Followers

Sunday 7 December 2014

TUTORIAL BUTANG BALUT

bahan-bahan yang perlu ada :-

  1. alat tekan butang bungkus. (nak pnggil ap xthu)
  2. kain yang di potong kecil
  3. butang - sepasang
seperti dalam gambar.. alat ni saya beli dari  areu luvit.. murah je..x sampai 30ringgit.. butang asing..
butang ada pelbagai saiz 11mm, 15mm, 19mm, 23mm dan 29mm..
yang saya guna ni saiz 29mm (2.9cm)



langkah 1 :

ambil tapak alat, letak kain atas lubang butang mengikut saiz..


langkah 2 :

ambil acuan butang..bahagian licin dibawah..gigi diatas..tekan sampai dalam..


langkah 3 :

selitkan kain di celah gigi acuan( bukan gigi kita yee.. ^-^V )..saya guna jari bahagian kuku saja untuk rapi kan,,
*** AWAS gigi tajam..


langkah 4 : 

ambil bahagian belakang butang..letakkan diatas butang yang kita buat tadi,,pastikan besi ditengah keluar dari lubang..


langkah 5 :

ambil penutup alat...kemudian tekan butang yang tadi sampai keluar bunyi 'ktak'..tanda sudah rapat..
kemudian buka alat tu..dan akan dapat seperti dalam gambar..


tadaa siap butang balut...

pandangan atas

pandangan bawah


okeh siap butang..maka habislah suda...
kalau xfaham boleh msj tanya ye..
selamat mencuba..