Followers

Sunday, 7 December 2014

TUTORIAL BUTANG BALUT

bahan-bahan yang perlu ada :-

  1. alat tekan butang bungkus. (nak pnggil ap xthu)
  2. kain yang di potong kecil
  3. butang - sepasang
seperti dalam gambar.. alat ni saya beli dari  areu luvit.. murah je..x sampai 30ringgit.. butang asing..
butang ada pelbagai saiz 11mm, 15mm, 19mm, 23mm dan 29mm..
yang saya guna ni saiz 29mm (2.9cm)



langkah 1 :

ambil tapak alat, letak kain atas lubang butang mengikut saiz..


langkah 2 :

ambil acuan butang..bahagian licin dibawah..gigi diatas..tekan sampai dalam..


langkah 3 :

selitkan kain di celah gigi acuan( bukan gigi kita yee.. ^-^V )..saya guna jari bahagian kuku saja untuk rapi kan,,
*** AWAS gigi tajam..


langkah 4 : 

ambil bahagian belakang butang..letakkan diatas butang yang kita buat tadi,,pastikan besi ditengah keluar dari lubang..


langkah 5 :

ambil penutup alat...kemudian tekan butang yang tadi sampai keluar bunyi 'ktak'..tanda sudah rapat..
kemudian buka alat tu..dan akan dapat seperti dalam gambar..


tadaa siap butang balut...

pandangan atas

pandangan bawah


okeh siap butang..maka habislah suda...
kalau xfaham boleh msj tanya ye..
selamat mencuba..


Thursday, 27 November 2014

BILIK KEMAHIRAN HIDUP SMKSA (AGAIN)

terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada fr curtains untuk membuat langsir bilik ini.. langsir untuk tahun baru 2015..semoga berpuas hati..
tempahan kening langsir jenis butterply pleat dan juga skirting double pleat..


SKIRTING DOUBLE PLEAT

BUTTERFLY PLEAT





Friday, 3 October 2014

TAMAN SERI PULAI

tempahan badan langsir sahaja..
panjang 8 kaki..
semua 5 bilik..
2 bilik menyusul kemudian..
TE


Tuesday, 30 September 2014

BILIK MESYUARAT SMKSA

badan langsir dan kepala langsir saya oter sahaja..
tapi oter tu pun jenuh.. lupa ambil gambar sebelum...rugi pulak rasa...ish....
kepala langsir box pleat dari 10kaki menggunakan cakuk 4 menjadi 5kaki dan 6 kaki menggunakan cakuk 1..dan juga tambahan aksesori butang...
maka terjadilah smoking pleat drpd single box pleat..
badan langsir menjadi 2 warna dan tambahan aksesori. tali ikat berbunga.


skirting scallop untuk meja atasan

tingkap 3 lopak

tingkap 2 lopak

skirting. meja PA system..
depan lining tak bagi panas

Thursday, 11 September 2014

PEMILIHAN LANGSIR

hari nie nak bagi tips sikit..
nak pilih langsir ada beberapa faktor yang perlu kita tahu untuk langsir nampak menarik tertarik kau memang deboom lah...hihi..

okey...

tengok persekitaran tempat..

1. warna
2. corak
3. cahaya
4. keluasan.

contoh..
tengok dinding kita..warna apa...guna wallpaper x..corak wallpaper..
lepas tu tengok warna sofa kita...corak sofa...
last skali..tengok pencahayaan..

okeh...

Jika sesuatu ruang sudah dipasang dengan kertas dinding bercorak penuh maka eloklah menggantung langsir polos agar tidak menimbulkan kesan serabut.
Begitulah sebaliknya jika dinding polos bolehlah memilih fabrik bercorak untuk langsir.
Elak menggunakan fabrik sofa yang sama corak dengan kain langsir kerana kedua-duanya akan bertembung untuk menarik perhatian
Pilihan rona langsir bergantung kepada gaya hiasan dalaman ruang. Anda boleh pilih sama ada warna gelap supaya seimbang dengan warna cerah dinding atau pastel yang bukan warna dominan di ruang terbabit.
Memilih warna garang atau terang boleh menarik perhatian dan mampu memberi kesan yang menakjubkan. Perlu di ingat bahawa di ruang yang menerima kemasukan cahaya matahari menembusi langsir juga akan menghasilkan ilusi menarik.

Friday, 5 September 2014

SURAU SMK SYED ALWI

lapik meja fitted untuk meja pelajar dan skirting berlapik meja untuk meja guru..





Thursday, 31 July 2014

KESALAHAN EYELET

mungkin semua orang dah tahu kesalahan langsir eyelet...
kisah ni dari pengalaman saya sendiri..

cuba tengok gambar dibawah..bandingkan...


 okeh..perhatikan bahagian tengah langsir..gambar atas tengah kain hala keluar (salah ).. gambar bawah tengah kain hala ke dalam ( betul )...



langkah penting...lubang eyelet MESTILAH GENAP untuk setiap keping kain...
kalau ganjil lubang dia akan jadi seperti gambar pertama..

ok...harap membantu...lepas ni saya postkn entry tentang bgaimana nak tetapkan lubang eyelet genap..
terima kasih kerana sudi singgah entry ni  -_-v

Thursday, 5 June 2014

CARA BUAT BUNGA ROSET

bunga roset tanpa menggunakan dasar bunga roset...
lebih cepat , lebih mudah , lebih kemas dan lebih cantik..

*kalau gambar kurang jelas..zoom ye..

ok...mula2..

gunting kain panjang 20'', lebar 4''
kemudian jahit tepi (supaya tak berbulu)
seperti dalam gambar..

selepas itu, jahit jelujur seperti dalam gambar.

bila sampai penghujung, tarik kain supaya dapat kedut.

tarik kain sampai kedut dan bertembung awal dan akhir kain...jahit cantuman kain..last skali pemati jahitan..

tambah aksesori untuk lebih cantik..

jahit kerongsang di belakang (saya letak hot glue gun ja)..dan siap...
kalau nak cantum ke reben, tak payah letak kerongsang.

Sunday, 25 May 2014

Cara guna penebuk eyelet manual

Ok...entry kali nie nk tnjuk cara nk gna pnebuk eyelet..

Bahan:-

  • kain
  • penebuk eyelet manual
  • penukul getah

 


mula-mula sekali jahit langsir seperti biasa...jahit tape langsir eyelet atau tape biasa pun boleh..
then..last skali ambil kain yg ada tape...
kalau guna tape eyelet lebih mudah kerja..

letak kain atas papan putih penebuk eyelet....dan letakkan penebuk eyelet di atas..


kemudian ambil penukul getah..ketuk kuat sikit saja...jgn kuat sangat..ketuk berulang kali..


kemudian angkat penebuk eyelet...tadaaa...siap

last sekali ambil eyelet dan pasangkan...
ulang langkah yang sama untuk lubang yang lainnya...

terima kasih...



Wednesday, 23 April 2014

NOVEL ABANG KING KONTROL (AKK)

Lari bab ckit...
Saya ada jual novel akk rm32 termasuk pos.
Dan termasuk juga tanda tangan penulis akk iaitu IMANISA RIANA dan cenderahati drpd penulis sendiri...kasut yg comel..
Okeh...harga sebenar novel ni rm29..
Tapi saya jual rm26 + pos rm6...murah kan...siap dengan tanda tangan penulis lagi...so...apa tunggu lagi...
Jom grab laju2...

Pss:: jumpa IMANISA RIANA di pesta buku pwtc kuala lumpur pada 1mei 2014 okeh....

Monday, 21 April 2014

NAK BUAT MCM MANA NIE..??

Hurm...ada org kata...lau letak gambar banyak2  dlm blog..
Blog akn jd lmbt...gmbr lmbt muncul..org yg nak tgk blog kita pn jd  fedup...urmmm.tp nk buat cm na kn...blog fr curtains mmg kena letak gambar..kalau x letak mcm mna korg nk tgk hsil jhitan..hurm..

#line int. Kna laju

PENAMBAH SERI...


saya ada menjual reben siap dijahit dengan harga berpatutan..
boleh minta nak letak apa atas reben untuk penambahan..(harga tambah mengikut aksesori tambahan)..
reben boleh minta ada ekor atau tak ada ekor.
warna boleh pilih..aksesori tambahan boleh pilih..
berminat.. call 019 - 422 6129 atau nak whtsapp pun boleh...


harga reben ada promosi  tak???

ada...jgn risau...dalam tempoh promosi...akan dapat harga promosi... cpt grab laju2... ^_^

Friday, 21 February 2014

PROMOSI hari RAYA

setelah sekian lama tak update blog..
so..harini nak bagitahu yg FR CURTAINS telah membuat promosi HARI RAYA AIDILFITRI..
potongan sebanyak RM 2.00 sekaki untuk SETIAP patern langsir..
promosi berakhir pada hari raya pertama..


nantikan lebih banyak promosi dari kami....